Prototaip EV Perodua EMO II Diperlihatkan – Harga Disasarkan Sekitar RM 50-90K

TechnologyDigitalCars
4 Dec 2024 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika di acara Malaysia Autoshow pada bulan Mei lalu Perodua telah mempamerkan prototaip kereta elektrik (EV) mereka iaitu EMO-I, hari ini mereka telah mempamerkan EMO-II, dan turut berkongsi jawapan bersama pihak media mengenai EV pertama daripada mereka.

image is not available
Gambar – Nextrift

Menurut Perodua, buat masa ini mereka sedang dalam tahap akhir sebelum pengilangan dan akan ada ‘Episod ke-3’ sebelum ia benar-benar dilancarkan dengan spesifikasi yang dinyatakan mempunyai perbezaan sekitar 2-3% daripada versi akhir kelak.

image is not available

Perodua masih membangunkan EV ini dengan sasaran jarak perjalanan sekitar 410km, bateri sebesar 50 kWh, pengecasan DC 20-80% sepantas 30 minit, pengecasan AC pula akan mengambil masa selama 8 jam dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.7 saat. Berdasarkan jangkaan spesifikasi di atas, berkemungkinan pengecasan AC yang diberikan adalah 7 kW.

image is not available

Perodua turut berkongsi yang mana kereta elektrik mereka bakal ditawarkan dalam julat harga RM 50K-RM90K selari dengan aspirasi Perodua untuk menjadi pengeluar EV paling mampu milik di Malaysia. Namun pada harga tersebut juga berkemungkinan akan ada beberapa versi, termasuklah versi yang mungkin mempunyai jarak perjalanan lebih rendah. Sama-sama kita nantikan pengumuman EMO-III atau Episod 3 pada tahun hadapan.

image is not available

image is not available