Prototaip Oppo Find N2 Flip Tertiris Menunjukkan Rekaan Mirip Galaxy Z Flip

TechnologyDigital
1 Dec 2022 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak keterlaluan kalau kami katakan, telefon pintar dengan skrin boleh lipat sejenis clamshell turut menjadi pilihan kebanyakan pengguna pada hari ini. Bukan sahaja disebabkan oleh elemen rekaan kompak yang bukan tipikal, malahan ciri serta fungsi disertakan oleh pengeluar menyerlahkan lagi kemampuan peranti itu sendiri.

Diperkatakan turut sama memasuki segmen sebegini, prototaip Oppo Find N2 Flip telah ditemui tertiris menerusi salah satu kemaskini di Weibo. Ia menunjukkan rekaan telefon pintar mirip sebuah Samsung Galaxy Z Flip dengan skrin utama yang mempunyai lubang di tengah untuk sokongan kamera swafoto tunggal. Perbezaan adalah pada sokongan skrin luaran lebih besar yang diposisikan secara menegak. Turut kelihatan, terdapatnya dwi-kamera utama bersama LED Flash yang diletakkan bersebelahan.

image is not available

Tiada maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang dikongsikan. Namun jangkaan awal mendapati peranti mungkin dilengkapi skrin utama 6.8-inci sejenis AMOLED, seterusnya skrin sekunder pula OLED bersaiz 3.36-inci. Selain itu, ia juga dipercayai dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9000 dan bateri 4300mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved