PRU-15: Cadangan PAS Guna Logo Sendiri Dibawa Ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN

Politics
2 Sep 2022 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ketika di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang PAS dapat digunakan di negeri berkenaan pada PRU-15 - Gambar Fail Bernama

ALOR SETAR - Cadangan PAS untuk menggunakan logo sendiri di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PAS akan membawa perkara itu ke mesyuarat akan datang.

“Kalau belum dimuktamadkan penggunaan logo itu sebab ada negeri mohon nak pakai logo PAS, kami akan bawa pada perbincangan akan datang.

“Tujuannya kami tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di sini.

Sebelum ini, ketika di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang PAS dapat digunakan di negeri berkenaan pada PRU-15.

Perwakilan tersebut berkata, perkara itu perlu dipertimbang mengambil kira senario politik di pantai timur berbeza, berbanding peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Muhammad Sanusi berkata, ia terpulang kepada keputusan mesyuarat akan diadakan nanti. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved