PRU-15: Dakwaan 'Satu Undi BN Satu Undi Zahid Jadi PM' Hanya Persepsi Pembangkang

Politics
6 Nov 2022 • 4:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) ketika hadir pada Program Sembang Santai di PDM Sungai Nipah Darat, hari ini. - Gambar Bernama

BERA - Dakwaan satu undi kepada Barisan Nasional (BN) bersamaan satu undi untuk Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri hanyalah persepsi yang dimainkan pihak pembangkang dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon Perdana Menteri daripada BN selepas PRU15.

image is not available
Ismail Sabri beramah mesra dengan penduduk ketika menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Sehari Kerayong. - Gambar dari PMO

“Saya pun dengar perkara itu, tetapi semalam saya dah perbetulkan persepsi itu… pihak pembangkang hanya nak wujudkan persepsi sedangkan saya (sudah) cakap Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sudah putuskan selagi perkara itu tidak di ‘reversed’ dalam mesyuarat. Keputusan itu kalau nak ubah mesti dalam MT, mesti diubah dalam PAU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, di sini hari ini, ketika ditanya mengenai dakwaan itu yang dijadikan modal pembangkang di media sosial, tular sejak kebelakangan ini. 

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya. - Bernama