PRU-15: GERAKAN Bakal Tanding 35 Parlimen, 62 DUN

Politics
18 Jun 2022 • 8:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
GERAKAN akan menfokuskan kepada kerusi yang menjadi sasaran atau memiliki peluang tinggi untuk menang pada PRU-15 nanti. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) berhasrat bertanding di 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Nasional GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau sudah menerima senarai itu daripada pengerusi perhubungan negeri yang menunjukkan hasrat bertanding pada pilihan raya berkenaan.

“Saya juga sudah mengarahkan pengerusi mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) di negeri masing-masing.

“Ia supaya parti boleh mencapai kata sepakat dan keputusan yang memberi kebaikan serta kejayaan kepada PN pada PRU-15,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat.

image is not available
Dr Dominic Lau Hoe Chai - Gambar Bernama

Dominic berkata, GERAKAN akan menfokuskan kepada kualiti bukannya kuantiti pada PRU-15 dengan hanya bertanding di kerusi yang menjadi sasaran atau memiliki peluang tinggi untuk dimenangi.

Katanya, GERAKAN juga berhasrat untuk menjadi suara rakyat yang paling utama di Malaysia.

Pada masa sama, berhubung isu kedudukan ke-32 Malaysia dalam Ranking Daya Saing (WCR) Institusi Antarabangsa, beliau mempersoalkan siapa yang harus dipertanggungjawab dalam masalah itu?

“Negara lain sibuk berlumba-lumba bagi mencapai pertumbuhan ekonomi lebih ketara, namun Malaysia sibuk untuk mengadakan PRU.

“Semua negara mengalami krisis ekonomi dan kesihatan, tetapi Malaysia turut terjejas dengan krisis politik yang menyaksikan perebutan kerajaan dan jawatan Perdana Menteri. Situasi seperti ini, sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur untuk meletakkan pelaburan di Malaysia,” katanya. - Getaran, 18 Jun 2022