PRU-15: Jika Bubar Parlimen Esok Pun, Pemuda BN Bersedia

Politics
17 Sep 2022 • 6:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu membubarkan Parlimen esok. 

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, motivasi dan persediaan gabungan itu sudah berada di tahap maksimum untuk menghadapi PRU-15. 

“Perdana Menteri...Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nak isytihar bubar (Parlimen esok), kita bersedia. Ini bukan perkara main-main kerana di sini semua pemimpin akar umbi. 

“Motivasi sudah tahap maksimum, kita bersedia. Kita (Pemuda) dah turun dengan kepimpinan tertinggi di 191 bahagian, saya rasa amat puas hati kerana Pemuda BN sudah bersedia hadapi PRU-15,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Tasik Titiwangsa di sini, hari ini. 

image is not available
Jentera Barisan Nasional dilancarkan di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Gambar Azim Rahman

Dalam pada itu, Asyraf berkata, terdapat keperluan untuk Perdana Menteri menyegerakan hasil siasatan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sekiranya terdapat salah laku di dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’. 

“Buku itu jelas ditulis mantan Peguam Negara dari Pakatan Harapan (PH) yang bongkar dia boleh dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pilih siapa hakim dia mahukan.

“Ini bertentangan dengan Perlembagaan…mana boleh lantik hakim sesuka hati,” katanya. - Getaran, 17 September 2022.