
Kota Kinabalu: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memaksa pameran kesenian amal untuk golongan cacat penglihatan yang dipanggil “Masih Ada Sayang” ditangguhkan.
Presiden Persatuan Orang Cacat Penglihatan Sabah, Sabrina Stawin (gambar), berkata acara selama seminggu itu sepatutnya diadakan bermula Rabu (hari ini) tetapi dipinda ke tarikh yang akan diumumkan kelak pada Februari tahun depan.
“Kami mencari pemimpin untuk merasmikan program itu tetapi disebabkan pilihan raya ramai yang berada di luar bandar. Kami faham bahawa ia adalah masa terbaik untuk mereka bertemu rakyat.

