PRU-15: PAS Guna Simbol ‘Bulan’ Di Kelantan, Terengganu, Kedah

Politics
14 Oct 2022 • 4:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Abdul Hadi Awang - Gambar fail

MARANG - PAS memutuskan untuk menggunakan logo parti itu sendiri di tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS terbuka mengenai penggunaan simbol bagi negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedah yang akan dibincangkan di peringkat Perikatan Nasional (PN).

PAS merupakan salah satu parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), selain Bersatu, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

“Terengganu, Kelantan dan Kedah memang PAS kuat (jadi) kita pakai simbol ‘bulan’. Negeri lain kita serah hendak pakai simbol apa. Kita buat keputusan, kita akan bincang.

“Negeri lain ini mereka tidak berapa tahu hal-hal PAS. Orang Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah  tahu. Negeri lain tidak apalah, kita maafkanlah,” katanya ketika menyampaikan kuliah dhuha bersempena  Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera di Pantai Peranginan Kelulut di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam dilaporkan berkata PAS membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved