PRU-15: PAS Sasar Menang Sekurang-Kurangnya 40 Kerusi Parlimen

Politics
1 Nov 2022 • 11:05 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
PAS juga yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Gambar Bernama

ARAU - PAS menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kita bekerja keras untuk menang 40 kerusi dan kalau boleh ingin menang lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau di sini malam tadi.

Beliau berkata parti itu yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang dan Perlis.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata gabungan itu telah selesai membuat pemilihan nama calon yang akan bertanding pada PRU-15 dan pengumuman senarai calon akan dilakukan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Pada PRU-14, PAS menang 18 kerusi Parlimen. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved