PRU-15: PAS Tanding Lebih 60 Kerusi, Ada Penyandang Tidak Dicalonkan Semula

Politics
31 Oct 2022 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Takiyuddin Hassan - Gambar fail

PUTRAJAYA - Terdapat penyandang kerusi Parlimen tidak dicalonkan semula untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila PAS mengumumkan calonnya untuk bertanding di lebih 60 kerusi Rabu ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata penyandang yang tidak dicalonkan semula itu telah diberitahu lebih awal dan mereka menerima dengan hati terbuka. 

PAS kini menyandang 17 kerusi Parlimen.

"Bukan mereka tak bagus, kesemua 17 Ahli Parlimen PAS berkhidmat dengan baik tapi kita mahu beri peluang kepada muka baharu, itu perkara biasa dalam parti," kata Takiyuddin, yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, kepada pemberita selepas majlis pengumuman Program Tenaga Hijau Korporat di sini hari ini. 

Takiyuddin yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu berkata beliau percaya tidak ada yang merajuk atau bertindak di luar batasan jika tidak tercalon semula.

"Dalam PAS kita berebut, bukan berebut kerusi, tapi berebut nak berundur (dari bertanding)," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November, penamaan calon (5 November) dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved