PRU-15: Pengurusan Sistematik Bantu Kelancaran Proses Undi Awal

15 Nov 2022 • 6:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota polis menunggu giliran untuk membuang undi di IPK Selangor. - Gambar oleh Sairien Nafis

Seramai 224,828 pengundi awal telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengundi di 578 Pusat Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, 117,473 orang adalah anggota tentera dan pasangan mereka serta 107,355 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA). 

Jurufoto Getaran telah membuat liputan di beberapa lokasi iaitu Sairien Nafis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Azim Mohd di Bukit Aman, Abdul Razak Latif ( IPK Pulau Pinang), Alif Omar (SMK Pangkalan TLDM Lumut, Perak) dan Syeda Imran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

image is not available
Sebahagian anggota polis menunggu giliran untuk mengundi awal di Bukit Aman.

image is not available
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan tanggungjawab di SMK Pangkalan TLDM Lumut.

image is not available
Petugas SPR membantu seorang anggota TLDM mengundi SMK Pangkalan TLDM Lumut.

image is not available
Anggota polis menunggu giliran untuk membuang undi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

image is not available
Seramai 224,828 pengundi awal berdaftar terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 anggota polis serta pasangan melaksanakan tanggungjawab hari ini.

image is not available
Suasana sekitar proses pembuangan undi awal di SMK Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

image is not available
Proses pengundian awal melibatkan 224,828 pengundi berakhir pada 5 petang.

image is not available
Kertas undi akan disimpan di lokap balai polis dan dikira pada Sabtu ini bermula 4 petang.

image is not available
PRU-15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN di Pahang, Perlis dan Perak serta Bugaya di Sabah.

image is not available
Sebanyak 578 pusat pengundian awal membabitkan 970 saluran yang dibuka sejak 8 pagi, telah ditutup pada 5 petang.

image is not available
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan proses mengundi awal berada dalam keadaan teratur.

image is not available
Berdasarkan warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Oktober 2022 yang dimuat naik di laman sesawang SPR, pusat mengundi awal akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang.

image is not available
Meskipun bertongkat, pegawai polis ini tetap melaksanakan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

image is not available
Pusat pengundian awal di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah ditutup pada 5 petang.