PRU-15: Saya Tak Ada Agenda Peribadi Dengan Khairy - Ramanan

Politics
13 Nov 2022 • 11:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
R. Ramanan - Gambar fail

KOTA DAMANSARA - “Sebagai calon yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh, saya berhak bertanya soalan yang mahu diketahui rakyat,” kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan.

Ramanan berkata, itu adalah faktor mengapa beliau kerap bercakap mengenai kontroversi yang melibatkan Khairy Jamaluddin dan rekod perkhidmatannya.

image is not available
Ramanan berkata banyak perkara yang perlu dijawab oleh Khairy termasuk isu pengurusan COVID-19, vaksin dan pencalonan beliau di Sungai Buloh yang kelihatan amat mendadak. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Saya tidak ada sebarang agenda peribadi dengan Khairy tapi ada soalan sahih yang perlu dijawab sebagai Menteri Kesihatan.

“Pengurusan COVID-19, vaksin, pencalonan beliau di sini yang kelihatan amat mendadak, banyak yang perlukan jawapan.

“Adakah beliau menggunakan Sungai Buloh sebagai batu loncatan untuk bergelar Perdana Menteri satu hari nanti? 

“Presiden partinya sendiri kelihatan keberatan untuk melantik beliau jadi Khairy tidak boleh memberi harapan palsu kepada pengundi,” katanya pada sesi ceramah di sini malam tadi.

“Khairy asyik bercakap mengenai menjadi Perdana Menteri, bukan mengenai isu di Sungai Buloh.

“Saya tak mahu menjadi Perdana Menteri, saya mahu menjadi seseorang yang berkhidmat untuk penduduk di Sungai Buloh,” kata Ramanan.

“Sebagai wakil Sungai Buloh di Parlimen, saya akan bertanya dan terus bertanya hingga mendapat jawapan,” katanya.

image is not available
Ramanan menyantuni penduduk ketika mengadakan kempen di Pekan Subang. - Gambar dari Facebook Ramanan Ramakrishnan DR

Ditemui selepas ceramah berkenaan, Ramanan berkata PKR ialah parti yang menjunjung tinggi aspek integriti.

“Kos vaksin, kontroversi pemilikan MySejahtera - berapa banyak dibayar pembayar cukai dan adakah data mereka dilindungi adalah soalan sahih yang gagal dijawab Khairy dan kerajaan diwakilinya,” kata Ramanan.

“Hanya kerana saya bertanya tiga soalan ini, kem lain melabelkan saya tidak bertanding secara budiman.

“Kadang kala untuk mendapat jawapan tepat, anda perlu terus bertanya secara langsung.

“Saya persilakan Khairy untuk memfailkan saman jika apa yang saya katakan tidak benar.”

Ramanan menambah, jika Perdana Menteri ialah apa yang penduduk Sungai Buloh mahukan, maka ini adalah jaminannya untuk mereka :

“KJ mungkin dilantik sebagau PM (Perdana Menteri) dalam tempoh 19 tahun lagi tapi jika kamu semua mengundi saya, anda boleh menerima (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai PM dalam masa 10 hari lagi.” - The Vibes, 13 November 2022