PRU-15: 'Sikit Sahaja Lagi Parlimen Akan Dibubar, BN Mesti Menang Besar’ - PM

Politics
17 Sep 2022 • 5:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri Jentera Barisan Nasional di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ingin memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat. 

Beliau berkata, justeru, pihaknya berharap agar pemimpin dan ahli akar umbi menyerahkan tanggungjawab kepada beliau serta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menentukan tarikh sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Beliau juga memberi bayangan bahawa PRU-15 akan diadakan dalam waktu terdekat.

“Kalau saya dan Presiden setuju bubar Parlimen, insyallah kita akan menang besar. 

“Bila tarikhnya...saya akan tentukan dengan Presiden, namun percayalah sikit sahaja lagi (untuk dibubarkan Parlimen),” katanya ketika berucap pada Jentera Barisan Nasional di sini, hari ini.

Lantaran itu, Ismail Sabri menegaskan, beliau akan mengadakan pertemuan Top 5 UMNO untuk mencari tarikh sesuai untuk BN membubarkan Parlimen. 

“Insyallah, dalam waktu terdekat akan berjumpa, berbincang. Yang penting apabila dibubarkan, PRU diadakan, BN mesti menang. 

“Kalau PRU-15 diadakan tak mampu kuasai kerusi bentuk kerajaan, kita (BN) akan kembali seperti sebelum PRU-14, katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL