PRU-15: SPRM Lancar 16 Bilik Gerakan, Salur Maklumat Berkaitan Rasuah

LocalPolitics
5 Nov 2022 • 7:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kesemua bilik gerakan SPRM akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 19 November dan boleh dihubungi menerusi talian telefon dan emel - Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 bilik gerakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilancarkan di seluruh negara hari ini bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan rasuah melibatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jurucakap SPRM berkata, kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 19 November dan boleh dihubungi menerusi talian seperti berikut.

“Ibu Pejabat SPRM di talian 03-8891 1037, Pejabat SPRM Kuala Lumpur (03-9206 5195), Pejabat SPRM Selangor (03-5524 8318), Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-762 5446), Pejabat SPRM Melaka (06-289 6011), Pejabat SPRM Johor (07-231 6170), Pejabat SPRM Perak (012-490 5986).

“Pejabat SPRM Pahang (09-571 6027), Pejabat SPRM Kedah (04-700 1880), Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-229 9262), Pejabat SPRM Terengganu (09-630 1920), Pejabat SPRM Kelantan (09-766 1970), Pejabat SPRM Perlis (04-976 3982), Pejabat SPRM Sabah (088-488 381), Pejabat SPRM Sarawak (082-467 701) dan Pejabat SPRM Labuan (087-427 198),” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel pru15@sprm.gov.my.

“Semua calon dan parti politik yang bertanding diingatkan agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” katanya. – Getaran, 5 November 2022