PRU-15 Tak Jejas Kemeriahan Deepavali, Bukti Semangat Keluarga Malaysia - PM

Politics
24 Oct 2022 • 2:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri Yaakob (kiri) menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran (dua, kiri) di Kota Kemuning, hari ini. - Gambar Bernama

SHAH ALAM - Kemeriahan sambutan Deepavali tahun ini tidak akan terjejas, hanya kerana Parlimen dibubarkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembubaran tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Menurut beliau, ada desas desus yang mengatakan kerajaan tidak menghormati perasaan penganut agama Hindu, apabila pelaksanaan PRU-15 dibuat berdekatan tarikh Deepavali.

“Saya lihat ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali. Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran di kediamannya dekat Kota Kemuning, di sini hari ini.

Beliau tiba di sambutan itu sekitar jam 11.15 pagi tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, sambutan tahun ini dilihat lebih meriah sebagai perlambangan semangat Keluarga Malaysia.

“Ini keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved