PRU15: Abdul hadi sah pertahan kerusi Parlimen Marang

Politics
30 Oct 2022 • 7:21 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: PAS mengesahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang (gambar), akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Saya tidak tahupun desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Saya boleh mengesahkan di sini bahawa beliau akan pertahankan kerusinya,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Presiden PAS itu tidak akan bertanding pada PRU15.

Pada PRU14, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat.-Bernama