PRU15: Aliran trafik keluar ibu negara lancar

18 Nov 2022 • 11:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala keluar ke utara, timur dan selatan negara dilaporkan lancar setakat 10.30 malam ini.

Ini susulan orang ramai sudah mula pulang ke destinasi masing-masing sejak semalam bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), esok.

Tinjauan di tiga plaza tol, iaitu di Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta mendapati aliran trafik lancar dan terkawal.

Bagaimanapun, aliran trafik perlahan di beberapa laluan keluar dari lebuh raya utama negara.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan dari Bidor ke Tapah, Terowong Menora ke Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak susulan kemalangan di Kilometer (KM) 258.7.

“Aliran trafik turut dilaporkan perlahan menuju ke selatan di Alor Pongsu menuju Bukit Merah akibat kemalangan di KM 191.6, Tangkak ke Hentian Sebelah Tangkak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved