PRU15: Anwar nafi bertanding kerusi Parlimen Ampang

Politics
25 Sep 2022 • 6:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BATU KAWAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menafikan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar berkata beliau masih belum mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi.

“Saya tak umum pun akan bertanding di Ampang,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Wanita Keadilan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa Ketua Pembangkang itu akan bertanding di Parlimen Ampang.

Mohd Rashid, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, dilaporkan berkata Anwar kini menyasarkan Parlimen Ampang pada PRU15 kerana ia kerusi pilihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu yang tidak yakin akan mendapat sokongan pengundi Melayu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved