PRU15: BN perlu terima hakikat jadi pembangkang

Politics
20 Nov 2022 • 12:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Muhamad Akmal

MELAKA - BN perlu menerima kenyataan bahawa rakyat mahu parti itu menjadi pembangkang pada ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, parti itu perlu menjadi pembangkang yang progresif dan terus berkhidmat untuk rakyat.

Menurutnya, pada masa yang sama total reset perlu dilakukan dalam parti bukannya sibuk mencari kedudukan untuk menjadi kerajaan.

"Dengar apa yang rakyat mahu, bukan apa yang pimpinan mahu.

"Jika mahu kembalikan kepercayaan rakyat, maka dengarlah apa yang rakyat mahu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Pada PRU15, BN Melaka tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di negeri ini manakala Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing berjaya menawan tiga kerusi Parlimen daripada enam kerusi Parlimen.