PRU15: BN S’gor tampil 21 muka baharu di 21 kerusi Parlimen

Politics
19 Oct 2022 • 5:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANGI: Barisan Nasional (BN) Selangor akan menampilkan 21 calon muka baharu di 21 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata ini bermakna daripada 22 kawasan Parlimen di Selangor, BN cuma mengekalkan satu kerusi untuk ditandingi muka lama.

“Di Selangor, kalau nak kira 21 orang muka baharu yang akan bertanding sebab saya seorang sahaja yang muka lama,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) di sini, hari ini.

Bagaimanapun Noh yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor enggan memberi maklumat lanjut berkenaan senarai calon berkenaan.

“Saya tidak mahu beritahu senarai nama calon berkenaan, mari tunggu pengumuman daripada ‘top 5’,” katanya.

'Top 5' merujuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Noh berkata senarai calon berkenaan juga sudah dihantar kepada pucuk pimpinan tertinggi BN.-Bernama