
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) Anyi Ngau dilaporkan menang dalam perebutan kerusi Parlimen P.220 Baram di Sarawak hari ini, maklum Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan berkata kemenangan itu berpihak kepada parti itu dengan jumlah sebanyak 18,399 undi dan majoriti sebanyak 7,339 undi.
Keputusan itu menyaksikan GPS berjaya menyapu 23 kerusi secara keseluruhan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
“Untuk keterangan lanjut berkenaan keputusan PRU Ke-15, sila layari https://dashboard.spr.gov.my/,” jelasnya.
Terdahulu, proses pengundian di Parlimen P.220 Baram terpaksa ditangguhkan berikutan banjir yang melanda kawasan tersebut.
#PRU15: Calon GPS Anyi Ngau menang di Parlimen Baram#PRU15BERNAMA pic.twitter.com/E57OeOfUtS
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 21, 2022
The post PRU15: Calon GPS, Anyi Ngau Menang Di Parlimen Baram appeared first on Siakap Keli.

![“M Nasir Dah Lama Tahu” – Netizen Buat Meme, Bahan Ahli-ahli Politik, Siap Kaitkan Dengan Lagu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
