PRU15: DAP Perak 'kunci mulut' soal pembahagian kerusi

Politics
17 Oct 2022 • 4:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: DAP Perak masih mengunci mulut mengenai desas-desus parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusinya Nga Kor Ming berkata pembahagian kerusi dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini Khamis ini.

“(DAP) tambah kerusi atau tidak, jika boleh (memang mahu tambah kerusi bertanding PRU15). Kita tunggu 20 Okt, kena tunggu ini tarikh memang ‘feng syui’,“ katanya ringkas pada sidang media di Wisma DAP di sini hari ini.

Pada PRU14, DAP menang di semua tujuh kerusi Parlimen yang ditandingi iaitu Ipoh Timor, Ipoh Barat, Kampar, Batu Gajah, Teluk Intan, Beruas dan Taiping manakala 18 kerusi DUN dimenangi antaranya Sungkai, Aulong, Canning, Tebing Tinggi dan Pasir Pinji.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved