PRU15: DAP tanding tujuh kerusi di Parlimen Sabah

Politics
31 Oct 2022 • 5:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Frankie Poon

KOTA KINABALU - Parti komponen Pakatan Harapan (PH) DAP akan bertanding di tujuh Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon pada Isnin.

Frankie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tanjong Papat berkata, DAP Sabah akan mempertahankan tiga kerusi dan mencalonkan penyandang masing-masing iaitu Naib Pengerusi DAP negeri Noorita Sual di Parlimen Tenom; Setiausaha Publisiti DAP negeri Vivian Wong Shir Yee (Sandakan); dan Ahli Jawatankuasa DAP negeri Chan Foong Hin (Kota Kinabalu).

Frankie berkata, empat calon baharu terdiri; Bendahari DAP Sabah Henry Shim Chee On bertanding di Parlimen Papar; Setiausaha Organisasi DAP negeri Liau Fui Fui (Batu Sapi); Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri Grelydia Gillod (Keningau); dan Ahli DAP Oscar Sia Yu Hock (Lahad Datu).

"DAP Sabah telah mengetengahkan calon baharu dalam kalangan muda berusia 32 hingga 39 tahun, kerana percaya mereka bakal membawa perubahan besar kepada parti dan meletakkan keyakinan untuk menang di kawasan masing-masing,” katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan PH Kota Kinabalu di sini.- Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved