PRU15: Elak undi silang, jentera BN perlu kerja keras

Politics
29 Oct 2022 • 10:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Adham

JOHOR BAHRU - Isu undi silang perlu dielakkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini kerana ia merugikan parti.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, persiapan dan persediaan lebih agresif perlu dilakukan Barisan Nasional (BN) negeri bagi mengelakkan undi silang.

"Sudah tentu, kira tidak mahu undi silang terjadi di mana mereka kata kita (pengundi) sudah beri undi pada BN Johor pada PRN lalu dan masa PRU15 hendak undi calon parti lain pula sebagai alternatif di peringkat Pusat.

"Ini tidak boleh berlaku kerana jika kita leka ia membahayakan BN dan kita boleh kehilangan sasaran kerusi Parlimen. Oleh itu, BN Johor akan menggunakan pendekatan kempen lebih agresif kali ini berbanding PRN lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dan taklimat media sempena PRU15 di sini pada malam Jumaat.

Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, strategi kempen telah diatur BN Johor bagi menangkis tohmahan pembangkang terutama di media sosial selain menemui pengundi bagi memberi penjelasan isu semasa.

Katanya, kesemua 26 ketua penerangan bahagian BN negeri itu juga sudah dipersiapkan dengan strategi lebih baik.

"BN Johor akan melancarkan manifestonya bagi PRU15 pada 2 November ini yang diadakan di Stadium Educity, Iskandar Puteri yang akan dihadiri semua jentera.

"Selain itu, kita akan lancarkan manifesto BN Johor termasuk mengumumkan perkembangan terkini manifesto kita pada PRN Johor lalu iaitu Ikhtiar Johor sehingga berjaya menang 40 kerusi.

"Keesokannya pula, pada 3 November, BN Johor akan membuat pengumuman rasmi kesemua 26 calon yang akan dipertandingkan pada PRU15," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved