PRU15: Etika pemakaian ketika mengundi, ini yang perlu guru dan mahasiswa ambil tahu

Politics
16 Nov 2022 • 4:59 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi laman Twitternya baru-baru ini, berkongsi maklumat etika pemakaian ketika keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Dalam perkongsian tersebut, SPR menyatakan mereka tidak pernah menetapkan etika berpakaian pada hari PRU seperti kehadiran ke pejabat.

Mereka juga tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26 (1) (g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sebaliknya, pengundi hanya akan dilarang sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi sedang berlangsung.

Sementara itu, Sinar Bestari difahamkan terdapat banyak sekolah yang akan dijadikan pusat pengundian pada PRU15 Sabtu ini berikutan pertambahan pengundi baharu.

Justeru, Sinar Bestari menasihatkan semua pengundi agar menjaga kebersihan kawasan sekolah dan tidak merosakkan harta benda sekolah sepanjang proses buang undi berlangsung.

Bagi pengundi yang membawa anak-anak kecil, dimohon agar ibu bapa tidak membiarkan mereka bebas berkeliaran di kawasan sekolah terbabit.

Akhir sekali, diharapkan proses mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia pada 19 November ini akan berjalan dengan baik. Insya-ALLAH.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

View Original Article