PRU15: Hari Mengundi DUN Tioman Pada 7 Disember

Politics
19 Nov 2022 • 1:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Dun Tioman mengundi 7 Disember

Negara hari ini telah digemparkan dengan berita calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, Md Yunus Ramli yang dilaporkan meningal dunia pada pagi tadi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.30 pagi (19 November) disebabkan komplikasi jantung.

Umum tangguh, tarikh undi ditetapkan 7 Disember

Terbaharu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan penangguhan bagi pilihan raya bagi kerusi itu disebabkan berita tersebut.

Sehubungan itu, satu tarikh baru telah ditetapkan bagi pengundian di kerusi berkenaan pada 7 Disember 2022.

Tempoh berkempen selama 13 hari

Manakala bagi penamaan calon akan diadakan pada 24 November dan tempoh berkempen ditetapkan selama 13 hari.

“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November (Khamis) sehingga pukul 11. 59 malam, 6 Disember (Selasa).

“Urusan permohonan undi pos bagi PRU (Pilihanraya Umum) ke-15 Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang dibuka daripada 19 November (Sabtu) dan ditutup pada 22 November (Selasa),” jelas SPR dalam kenyataan itu.

Pihaknya turut meminta calon-calon yang layak dan sah dinamakan sebelum ini untuk hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi tujuan cabutan undi bagi menentukan giliran pada kertas undi pada 24 November ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved