
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) hari ini, 18 November mengumumkan penangguhan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai berikutan kematian calon Pakatan Harapan, mendiang M Karupaiya.
Sehubungan itu hari pengundian bagi Padang Serai telah ditetapkan semula pada 7 Disember.
Tambah SPR lagi, hari penamaan calon adalah pada 24 Nov, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 3 Disember ini.
“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa).
“Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka daripada 18 November 2022 (Jumaat) dan ditutup pada 22 November 2022 (Selasa).”




