PRU15: Hindari pasang bahan kempen di premis atau pepasangan elektrik TNB

2 Nov 2022 • 1:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan parti-parti politik agar tidak memasang bahan kempen di premis dan pepasangan elektrik milik syarikat itu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 5 hingga 18 Nov ini.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Wan Nazmy Wan Mahmood berkata perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana berisiko mengakibatkan renjatan elektrik selain menyebabkan gangguan bekalan elektrik jika percikan arka (flashover) berlaku sehingga merosakkan harta benda bahkan boleh mengancam nyawa.

“Pemasangan bahan-bahan kempen itu juga boleh menghalang warga kerja TNB mendapat akses untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

TNB menjelaskan bahawa larangan itu termasuk menampal atau menggantung poster, bendera dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.

Orang ramai juga dinasihati agar tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawah talian penghantaran elektrik termasuk tiang bendera yang diperbuat daripada buluh yang boleh menyebabkan renjatan elektrik.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved