PRU15: Ilham Centre nafi dapatan kedudukan kerusi parti bertanding

Politics
15 Nov 2022 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hisommudin

image is not available
Mesej palsu yang ditularkan hari ini.

SHAH ALAM - Badan penyelidik, Ilham Centre tampil menafikan dapatan berkaitan bilangan pecahan kerusi-kerusi yang bakal dimenangi oleh parti-parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan, Pengarah Eksekutifnya, Hisommudin Bakar berkata, pihaknya belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan cerapan lapangan pada waktu ini.

“Segala sebaran daripada Ilham Centre hanya akan dimaklumkan secara rasmi melalui laman rasmi kami dan dipanjangkan kepada media pada 18 November 2022,” katanya pada Selasa.

Pada sebelah pagi, satu hantaran bertajuk Electoral Barometer Forecast tersebar di grup WhatsApp yang menyenaraikan kira-kira 18 badan penyelidikan termasuk Ilham Centre, O2 Research Malaysia (O2) dan Merdeka Center menunjukkan indikator semasa kedudukan.

Berdasarkan hantaran tular itu turut menyatakan bahawa bilangan kedudukan kerusi itu adalah setakat jam 6 pagi yang mana Barisan Nasional (BN) memiliki sekitar 32 hingga 42 kerusi, Perikatan Nasional (PN), 35 hingga 60 kerusi dan Pakatan Harapan (PH), 84 hingga 108 kerusi.