PRU15: Jangan pakai pakaian ada logo parti

Politics
19 Nov 2022 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Para petugas SPR mendengar penerangan mengenai proses semakan peti undi dan peralatan ketua tempat mengundi untuk Parlimen Simpang Renggam di Dewan Muafakat Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini. Gambar kecil: Abdul Hakim - Foto Bernama

SIMPANG RENGGAM - Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Simpang Renggam, Abdul Hakim Abd Manap mengingatkan kepada semua pengundi untuk tidak memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti ketika hadir untuk mengundi pada Sabtu.

Beliau berkata, sekiranya dikesan ada pengundi yang berpakaian demikian, individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi oleh petugas SPR, selain dikehendaki pulang untuk menukar pakaian.

Jelasnya, apa yang perlu dibawa oleh setiap pengundi hanyalah kad pengenalan masing-masing, selain terlebih dahulu mendapatkan maklumat nombor saluran mengundi.

"Jika mengikut ramalan kaji cuaca, di selatan Semenanjung akan berlaku hujan hingga lewat petang.

"Oleh yang demikian dinasihatkan semua pengundi keluar awal ke pusat mengundi," katanya kepada pemberita selepas proses semakan isi peti undi untuk Parlimen Simpang Renggam di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam di Kluang.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved