PRU15: MASwings tawar tambang serendah RM135

2 Nov 2022 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia yang dijadualkan pada 19 November, MASwings menawarkan kempen promosi “Jom Balik Undi” bermula dari RM135 untuk tambang keseluruhan sehala dibuka untuk tempahan mulai Selasa hingga 30 November, dan terbuka untuk perjalanan sehingga 31 Disember.

MASwings juga akan melancarkan penerbangan tambahan untuk menampung lonjakan permintaan yang dijangkakan bagi beberapa laluan dalam Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Peningkatan penerbangan daripada 21 kali kepada 28 kali seminggu akan dibuat untuk laluan Miri - Labuan, Miri - Sibu, Kota Kinabalu - Lahad Datu dan Kota Kinabalu - Labuan dari 18 hingga 21 Nov.

Bagi Kuching - Limbang, operasi MASwings ketika ini pada Isnin, Khamis dan Sabtu akan ditingkatkan kepada dua kali penerbangan sehari pada 18 dan 20 Nov.

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata sebagai Nadi Borneo, MASwings komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai untuk menyokong dan menampung pergerakan PRU15 akan datang.

“Kami menggesa pengundi tempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi membolehkan mereka menunaikan hak sebagai warganegara Malaysia. Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan dan terlepas tawaran di MASwings,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Untuk maklumat perjalanan lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi di: www.maswings.com.my / www.malaysiaairlines.com.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.