PRU15: PAS S’gor juga mahu guna logo 'bulan'

Politics
4 Sep 2022 • 7:27 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ALOR SETAR: PAS Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Noor Najhan Mohamad Salleh ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-68 di sini hari ini.

“PAS Selangor, sebagaimana permintaan beberapa negeri lain seperti Kedah, turut meminta izin untuk bertanding menggunakan lambang PAS dalam PRU15. Setuju atau tidak perwakilan Selangor?” soalnya yang kemudian disahut dengan laungan “setuju” oleh para perwakilan.

Sebelum ini, PAS Kelantan, Terengganu serta Kedah bercadang menggunakan logo parti itu di negeri masing-masing pada PRU15 dan bukannya logo Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir pada perasmian Muktamar Tahunan PAS itu berkata cadangan tersebut akan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, dijangka diadakan pada minggu depan.-Bernama