PRU15: PBRS mahu pengagihan kerusi lebih adil daripada BN

Politics
19 Oct 2022 • 10:17 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berharap mendapat pengagihan kerusi yang lebih adil untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya Richard Kastum berkata hasrat itu telah diputuskan pada mesyuarat tertinggi parti itu hari ini, dan akan dibawa dalam perbincangan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh terdekat.

“PBRS bukan lagi sebuah parti kecil seperti yang dianggap sebelum ini. Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak, PBRS telah berjaya menarik kemasukan ramai pemimpin kanan parti lawan, serta permohonan ribuan keahlian baharu.

“Ia menjadikan keahlian PBRS berlipat kali ganda dan jumlah bahagian PBRS bertambah dengan bahagian PBRS telah ditubuhkan hampir di setiap DUN di Sabah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum Parlimen ke-14 dibubarkan, PBRS, yang juga parti komponen BN bersama Umno, MCA dan MIC, mempunyai satu kerusi Parlimen di Pensiangan disandang Timbalan Presidennya Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.-Bernama