PRU15: Peja mengaku miliki dua bot

15 Nov 2022 • 3:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video penjelasan Ahmad Faizal mengenai pembelian kapal layar di Facebook pada Selasa.

IPOH - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui membeli dua buah bot seperti yang didedahkan dan tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, kedua-dua bot tersebut dibeli dengan harga RM50,000 dan RM80,000 daripada seorang pelayar Eropah yang terkandas di Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas calon kerusi Parlimen Tambun itu, bot tersebut kemudiannya diubah suai untuk tujuan pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah.

"Macam mana saya dapat bot ini pada waktu Covid-19 ada seorang pelayar ini dia datang daripada Eropah belayar menggunakan bot tersebut dan sampai ke Langkawi.

"Apabila kita mengadakan PKP beliau mungkin mendapat tekanan hidup kerana bersendirian di sini, maka membuat keputusan untuk meninggalkan negara ini sebaik kita membuka sempadan.

"Ketika itulah dia mencari pembeli kepada bot dia yang dijual dengan harga yang begitu murah," katanya menerusi rakaman video berdurasi 2:32 minit di dalam Facebook pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan pembelian kapal layar yang tular di media sosial sebelum ini.

Ahmad Faizal berkata, hasil pembelian bot tersebut dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan di Pulau Langkawi.

"Saya rasa tak ada salahnya saya beli bot-bot ini yang telah saya ubah suai dan saya minta pula sahabat saya yang menjalankan perniagaan bot ini untuk pelancong-pelancong di sana, saya buat perniagaan sikit.

"Yang penting juga dapat untuk anak-anak Melayu di Langkawi dapat bekerja sebagai kapten dan kru. Terima kasihlah kepada siapa yang telah cuba mempromosikan apa yang saya ada di Langkawi itu," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved