PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ini Cara Pangkah Kertas Undi Yang Betul [Video]

Politics
17 Nov 2022 • 7:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Cara pangkah undi yang betul

Kehangatan Pilihanraya Umum kali ke-15 (PRU15) semakin terasa apabila ramai yang sudah mula merancang untuk pulang ke kampung bagi mengundi 19 November ini.

Tidak kurang juga ada yang teruja khususnya bagi anak-anak muda yang baru pertama kali mahu menjalankan tanggungjawab tersebut.

Oleh itu, bermacam-macam perkara yang harus diketahui dan disiapkan seperti dokumen apa yang perlu dibawa, jenis peraturan yang ditetapkan semasa proses mengundi termasuklah cara memangkah pada kertas undi yang betul.

Ini kerana, mereka tidak mahu mensia-siakan undian itu kerana ia adalah penentu kepada masa depan negara.

Baru-baru ini, Akademi Pilihan Raya (APR) di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berkongsi satu video di media sosial rasminya tentang cara-cara memangkah yang diterima sebagai undian.

Menerusi video tersebut, beberapa contoh kertas undi telah ditunjukkan kepada orang ramai untuk menunjukkan antara pangkah yang sah diterima oleh pihak SPR.

#1 Kenal pasti calon dan pangkah

image is not available

Bagi setiap pengundi, anda perlu mengenal pasti calon dari parti politik yang mana satukah yang menjadi pilihan untuk diundi.

Lakukan tanda x atau / atau O di bahagian kotak kosong yang disediakan di sebelah kanan.

Anda dilarang sama sekali untuk menanda lebih daripada satu kotak. Ini bagi mengelakkan undi anda menjadi rosak dan tidak dikira.

image is not available

#2 Saiz dan bentuk pangkahan

Tidak dinafikan pasti ada di antara kita yang keliru pangkahan bagaimanakah yang perlu dilakukan? Adakan tanda itu perlu dibuat dalam saiz yang besar atau kecil?

Sebenarnya saiz tidak menjadi masalah asalkan anda menanda hanya pada satu kotak sahaja dan tidak masuk ke kawasan nama calon yang lain.

image is not available

#3 Garisan bengkang-bengkok

Namun bagaimana pula sekiranya tanda yang diletakkan mempunyai garisan yang bengkang-bengkok? Garisan ini juga tetap diterima asalkan ia masih di dalam kotak yang disediakan.

Ini kerana, mungkin ada di antara anda yang mempunyai kesukaran untuk menulis dengan baik maka perkara itu diambil kira dan kertas undi tetap diterima oleh SPR.

image is not available

Oleh itu, apa yang penting adalah anda menanda HANYA pada satu kotak sahaja.

Jangan lupa kongsikan tips ini kepada rakan dan keluarga anda yang akan mengundi pada hari Sabtu nanti.

Ingat ya jangan lupa keluar mengundi! Undian anda penentu pada masa depan negara 😘.

View Original Article