PRU15: PKR Sarawak umum 16 calon, penyandang Parlimen Miri digugurkan

Politics
2 Nov 2022 • 7:27 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: PKR hari ini menampilkan 16 calonnya yang bakal berentap bagi kerusi Parlimen di Sarawak atas tiket Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengumumkan perkara berkenaan di sebuah hotel di Miri, Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyandang kerusi Parlimen Miri selama dua penggal Michael Teo, tidak tersenarai calon bagi memberi laluan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak Chiew Choon Man.

Beliau berkata barisan calon PKR Sarawak bagi pilihan raya kali ini turut melibatkan 12 muka baharu, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta pengalaman bekerja di lapangan.

Selain itu, Anwar memaklumkan Pengerusi PKR Sarawak Roland Engan dan timbalannya Abun Sui Anyit, masing-masing bakal bertanding di Parlimen Baram dan Hulu Rajang.

Dalam pada itu, Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini berkata sokongan rakyat Sarawak terhadap parti itu diperlukan, bagi memberi peluang kepada PH melaksanakan kerja baik di peringkat Persekutuan, seterusnya membwa perubahan di negeri itu.

“Kesemua mereka yang akan bertanding di bawah panji Pakatan Harapan, perlu kerja keras bersama jentera dalam memastikan rakyat mendapat pendedahan mengenai agenda yang kita perjuangkan,” menurut hantaran itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov ini.-Bernama