PRU15: Polis Johor lulus 58 permit ceramah

LocalPolitics
6 Nov 2022 • 1:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Polis Johor setakat ini telah meluluskan 58 permohonan permit ceramah bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jurucakap Media PRU15 Supt Ibrahim Mat Som berkata bagaimanapun hanya 47 ceramah sahaja dapat dibuat oleh parti politik yang bertanding.

Beliau berkata secara keseluruhannya, situasi keselamatan di Johor adalah terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Kita menasihatkan semua parti dan kumpulan penyokong agar sentiasa mematuhi segala peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan saling menghormati ketika berkempen,“ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved