PRU15: Polis kenal pasti 28 lokasi panas di K’tan

2 Nov 2022 • 1:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Polis Kelantan telah mengenal pasti 28 lokasi panas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) berkata kesemua lokasi tersebut membabitkan sembilan kawasan Parlimen di seluruh negeri.

“Kawasan yang dikenal pasti itu dibuat berdasarkan kejadian pada pilihan raya lepas dan pertembungan calon-calon bertanding yang dijangka sengit,” katanya pada sidang media tangkapan dan rampasan rokok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Zaki berkata pihaknya sentiasa melakukan risikan dan pemantauan di seluruh kawasan Parlimen bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan dalam keghairahan berkempen.

“Ketua polis daerah telah bersedia dengan cara tersendiri berdasarkan situasi di daerah masing-masing.

“Saya juga telah mengarahkan ketua polis daerah melakukan pemantauan terhadap ‘budak nakal’ daerah masing-masing kerana kadangkala mereka boleh mencetuskan pergaduhan serius,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Zaki berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan telah melaksanakan perancangan khusus bagi memastikan aliran trafik pada hari pengundian dapat dikawal dengan baik.-Bernama