PRU15: Polis Muar buka kertas siasatan kes khianat poster parti

LocalPolitics
15 Nov 2022 • 1:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MUAR - Polis Muar membuka kertas siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan poster parti politik di Parit Jawa selepas menerima laporan Ahad lalu.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan mengenai kejadian khianat di kawasan Parlimen Muar itu diterima pada jam 8.30 pagi di Balai Polis Parit Jawa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah khianat.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas meninjau proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Serbaguna Markas Batalion 6 Pasukan Gerakan Am.

Parlimen Muar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda); calon BN, Mohd Helmy Abd Latif; dan calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin.

Ahad lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, sebanyak 130 laporan polis diterima berhubung kempen PRU15 di Johor merangkumi pelbagai kesalahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved