PRU15: SPR larang guna telefon bimbit ketika mengundi

Politics
9 Nov 2022 • 11:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Infografik 10 langkah pengundian yang dikeluarkan oleh SPR.

SHAH ALAM - Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Satu infografik yang dimuat naik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di platform sosial mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.

Langkah keenam dalam infografik tersebut menjelaskan pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada ketua tempat mengundi selepas mengambil kertas undi.

Selepas mengundi, pengundi akan kembali ke meja ketua tempat mengundi untuk mengambil semula telefon bimbit.

Baru-baru ini, Pengerusi Penaja Parti Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Badan Pemerhati Rasuah (MCW) menyarankan agar SPR melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi untuk mengelakkan budaya rasuah.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved