PRU15: SPRM terima 11 aduan salah guna kuasa, rasuah setakat ini - Azam Baki

12 Nov 2022 • 5:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 11 aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula Sabtu lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki (gambar) berkata maklumat berkenaan diterima melalui bilik gerakan suruhanjaya itu yang beroperasi 24 jam dan akan dikaji serta diteliti terlebih dahulu untuk disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

“Jumlah itu diterima sepanjang tempoh kempen secara bersemuka dan melalui media.

“Tidak semua maklumat diambil kerana SPRM akan meneliti bahawa perkara yang disalurkan adalah betul kerana ada maklumat yang hanya cakap-cakap sahaja,“ katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kelantan Sempena Hari Keputeraan ke-53 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Pada 5 Nov lepas, SPRM melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRU15.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved