PRU15: Tak mustahil PN berjaya bentuk kerajaan - Annuar Musa

Politics
21 Nov 2022 • 5:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Annuar

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berpandangan adalah tidak mustahil Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu berjaya membentuk kerajaan ketika rundingan BN dan Pakatan Harapan (PH) belum dimuktamadkan.

Beliau mendakwa, terdapat gerakan perang psikologi untuk mengaburi ahli-ahli UMNO dengan mereka-reka 10 justifikasi mengapa BN wajib bersama PH.

"Sedangkan kita diberitahu, belum ada sebarang keputusan parti, di mana hasil rundingan perlu dibawa dan diluluskan Dewan Tertinggi BN untuk dipersetujui atau ditolak.

"Tidak mustahil PN yang terlebih dahulu berjaya 'Cross the line'," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Tambah beliau, situasi semasa rundingan bagi membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan juga akan memperlihatkan 'belang' dan 'warna' sebenar pimpinan BN untuk dinilai.

"Ramai pemimpin akar umbi bersetuju UMNO dan BN kekal tidak menyokong mana-mana parti, sebaliknya kekal memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa.

"Kita kini berpeluang perhatikan belang masing-masing dan menunjukkan warna sebenar untuk kita nilaikan," katanya.









Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved