PRU15: Takiyuddin pertahan kerusi Parlimen Kota Bharu

Politics
31 Oct 2022 • 11:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Takiyuddin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkannya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Tenaga Hijau Korporat, di Suruhanjaya Tenaga, dekat sini pada Isnin.

"Nampaknya begitu (kekal di Kota Bharu)," katanya.

Menurutnya, pada PRU kali ini, Pas menampilkan masing-masing 10 peratus kuota calon wanita dan muka baharu.

"Ada juga direhatkan dan memohon untuk tidak dicalonkan semula," katanya.

Ditanya adakah keputusan untuk merehatkan penyandang telah dimaklumkan, Takiyuddin berkata "Kita dalam Pas senang, apa jua keputusan yang dibuat parti diterima baik oleh ahli. Tiada yang merajuk," katanya.

Pas dijangka akan mengumumkan calon parti peringkat negeri pada Rabu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved