PRU15: Tanpa IC pun boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan

Local
17 Nov 2022 • 11:25 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung tidak lama lagi. Mungkin ramai yang teruja untuk membuang undi pada 19 November nanti bagi memilih pemimpin untuk mentadbir negara.

Justeru, anda boleh membuat persiapan awal termasuk dokumen yang diperlukan.

Umum mengetahui kad pengenalan atau MyKad (identity card-IC) adalah salah satu dokumen yang perlu ada. Bagaimana pula jika dalam situasi ini ada yang kehilangan kad pengenalan?

image is not available
Kredit foto: Jabatan Pendaftaran Negara

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan terdapat beberapa dokumen pengenalan diri lain yang boleh anda bawa sewaktu hari pengundian.

“Alamak terlupa bawa kad pengenalan (MyKad)! ADAKAH PERLU patah balik KE rumah?”

“Sabar! Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi. Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi,” jelasnya menyenaraikan lima dokumen lain yang boleh digunakan.

image is not available
Kredit foto: Bernama

Selain MyKad, anda boleh menggunakan:

1.Pasport

2.Lesen memandu

3.Dokumen Pengenalan Sementara (JPN. KPPK09)

4.Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. KPPK11) (disahkan Jabatan Pendaftaran Negara)

image is not available

Selain membawa dokumen pengenalan, penting untuk anda mengetahui lokasi pusat mengundi. Perkara ini mungkin mengelirukan terutama bagi pengundi kali pertama terutamanya yang berumur 18 tahun.

Semoga bermanfaat!

Sumber: SPR

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article