PRU15: Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding, Enam Pencalonan Ditolak – SPR

Politics
5 Nov 2022 • 4:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PRU15: Tiada calon menang tanpa bertanding, enam pencalonan ditolak – SPR

PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada calon menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala enam borang pencalonan ditolak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media mengenai proses penamaan calon di seluruh negara di sini hari ini, berkata satu siaran media bagi menerangkan perkara itu akan dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata Parlimen Batu mencatatkan jumlah pertandingan tertinggi dalam PRU15 yang melibatkan 10 penjuru.

“Manakala bagi pertandingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) memperlihatkan pertandingan paling tinggi di N47 Chenderiang, Perak iaitu tujuh penjuru,” katanya.

Abdul Ghani berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah juga menyaksikan pertandingan tujuh penjuru.

Sumber: BERNAMA