PRU15: Tiada kerjasama dengan Pas Perak

Politics
8 Sep 2022 • 2:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saarani (kiri) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang XP Power (M) Sdn Bhd di Seri Iskandar pada Khamis.

PARIT - UMNO Perak memuktamadkan tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO akan bergerak sendirian dan kerjasama yang terjalin kini hanya sebagai rakan dalam kerajaan negeri.

"Kami bekerjasama sebagai rakan dalam kerajaan tetapi untuk pilihan raya kita pergi sendiri, muktamad," katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang XP Power (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Seri Iskandar di sini pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai perbezaan keputusan yang diambil di beberapa negeri berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas.

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata, kerajaan Perak akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi meminda Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

"Sidang DUN khas itu akan diadakan selepas RUU peringkat nasional diwartakan sebab kita akan gunakan Jadual Kelapan (Perlembagaan Persekutuan)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved