PRU15: UMT tangguh majlis konvokesyen

26 Oct 2022 • 12:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Majlis Konvokesyen UMT ke-20 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 20 dan 21 November nanti terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

KUALA NERUS - Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-20 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 20 dan 21 November nanti terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, penangguhan tersebut bagi memberi laluan kepada proses demokrasi negara melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November.

Ini bagi memberi ruang kepada pihak yang terlibat melaksanakan tanggungjawab dalam mendokong demokrasi negara.

“Perkara ini adalah diluar kawalan pihak pengurusan UMT dan kami memohon maaf di atas penangguhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Mazlan, seramai 1,500 graduan yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing akan diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-20 bakal diadakan pada tarikh baharu berkenaan.

“Pelajar boleh merujuk sebarang maklumat lanjut di laman sesawang Konvokesyen UMT,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved