PRU15: Wanita MCA kemuka 25 nama calon kepada presiden

Politics
27 Aug 2022 • 8:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KANGAR: Wanita MCA telah mengemukakan senarai 25 calon wanita parti itu kepada presidenya Datuk Seri Wee Ka Siong untuk pertimbangan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie(gambar) berkata nama-nama calon itu dikemukakan bagi tujuan penilaian dari segi kemampuan dan kebolehan mereka sebelum layak mewakili parti.

“Ini adalah persediaan MCA untuk menghadapi PRU akan datang. Apa pun kita harap, calon-calon yang dipilih akan bekerja keras untuk menambat hati pengundi dan membawa kemenangan kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Perlis 2022 di sini hari ini.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved