PRU15: Warga PDRM perlu kawal emosi depani provokasi - KPN

14 Nov 2022 • 9:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Acryl Sani

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berharap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam penugasan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mengawal emosi dan sentiasa berhemah apabila berhadapan dengan situasi berbentuk provokasi.

Acryl Sani berkata, warga PDRM juga perlu mengelakkan diri daripada situasi yang boleh mengakibatkan ketegangan dan mewujudkan implikasi yang mampu mencalarkan kredibiliti pasukan.

"Saya berharap seramai 80,000 petugas PDRM yang terlibat dapat mengekalkan profesionalisme yang tinggi sepanjang tempoh menjalankan tugas.

"PDRM komited mempertahankan keselamatan negara dan kententeraman awam dalam setiap situasi," katanya dalam ucapan khas untuk petugas PDRM sempena PRU15 yang disiarkan melalui Facebook PDRM pada Isnin.

Acryl Sani berkata, warga PDRM juga perlu menjalankan tugas serta memikul amanah dengan penuh integriti, ikhlas dan sabar.

"Saya percaya dan yakin warga PDRM akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved