
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman disahkan bertanding di kerusi Parlimen Bentong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi panas tersebut selepas tewas kepada bekas Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack pada 2018.
Selain Young Syefura, DAP turut mempertaruhkan tiga lagi calon mewakili Pakatan Harapan bagi empat kerusi Parlimen di Pahang dalam PRU15.
Tiga calon berkenaan ialah bekas Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang bertanding di Lipis, bekas ADUN Tras Chow Yu Hui (Raub), dan bekas ADUN Tanah Rata Chiong Yoke Kong (Cameron Highlands).
Menurut Setiausaha Agung Anthony Loke Siew Fook, terdapat satu kerusi tambahan yang dipertaruhkan bagi Parlimen di Pahang berbanding PRU14.
Nama Young Syefura atau turut dikenali sebagai Rara telah dipersetujui kepimpinan parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
Untuk rekod, PRU14 lalu menyaksikan Liow yang hanya meraih 23,684 undi tewas kepada penyandang kerusi itu dari DAP, Wong Tack dengan majoriti 2,032 undi. - Awani
AKAN MENYUSUL
